Sunday, October 25, 2009

PERMATA HATIKU...

Dah kenal permata hati saya di rumah... di sekolah pun saya punyai permata hati yang tak kurang juga hebatnya. Mereka ini terlalu istimewa di hati saya. Tanpa mereka tak mungkin saya berada di SK Pulau Sebang ini. Setelah hampir setahun lebih saya bersama mereka, dapat saya rasakan tiada kurangnya mereka dan tiada lebihnya kita. Yang pasti kita makhluk Allah adalah sama di muka bumi ini. Apa yang lebih pada mereka ialah mereka perlukan lebih kasih sayang dan perhatian daripada kita. Semoga saya antara insan yang telah dipilih dan diamanahkan oleh Allah untuk mendidik dan membimbing mereka, harus sentiasa ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberi. Akhir coretan, doa dan harapan saya setiap hari agar anak-anak ini :
1. diterangi pintu hati mereka dan mudah menerima segala ilmu yang kami curahkan.
2. dimurahkan rezeki dan dilindungi walau di mana mereka berada.

Saturday, October 24, 2009

untuk belajar tentang puasa jom kita tonton video menarik ini...

PERMATA HATIKU....


HAAAA........

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Nak kenalkan inilah dua orang permata hatiku.
Buah hati pengarang jantungku....
Kedua-duanya Hero Malaya tapi masih junior lagi. Seorang 5 tahun, seorang 3 tahun.